Perayaan Kuih Bulan atau Perayaan Pertengahan Musim Luruh (Cina Ringkas: 中秋节; Cina Tradisional: 中秋節; pinyin: zhōngqiūjié) merupakan perayaan menyambut kemenangan orang Cina menumpaskan penjajah Mongol pada akhir Dinasti Yuan (1280 Sebelum Masihi - 1341 Masihi). Kuih bulan juga dikaitkan dengan Pesta Tanglung, namun ini adalah perayaan berbeza.
Perayaan Kuih Bulan disambut pada hari ke-15 pada bulan ke-8
pada kalendar Cina iaitu pada akhir bulan Ogos hingga akhir bulanSeptember. Ia
selalunya hampir dengan ekuinoks musim luruh. Pada waktu ini, bulanbiasanya
mengambang dan terang, menjadikannya waktu yang sesuai untuk meraikan hasil
tuaian musim panas.
Perayaan Kuih Bulan merupakan salah satu perayaan terpenting
selain Hari Tahun Baru Cina. Perayaan ini disambut dengan perarakan tanglung
pada malam perayaan, selain dengan kuih bulan itu sendiri.
Kuih Bulan merupakan salah satu hidangan istimewa pada
perayaan ini. Kuih Bulan diperbuat daripada adunan manis yang berinti kacang
merah, atau adunan biji teratai, atau kuning telur masin. Menurut tradisi,
pesanan untuk memberontak telah disebarkan melalui surat yang diletakkan di
dalam Kuih Bulan yang akhirnya berjaya menjatuhkan Dinasti Mongol.
Maklumat yang teliti.
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamGambar sangat menarik. Maklumat tersusun dan kreatif.
BalasPadamWow saya dapat Lebuhraya faham tentang kuih bulan ini!
BalasPadamgambar sesuai dengan maklumat👍👍
BalasPadamgambar sesuai dengan maklumat👍👍
BalasPadamnice and good
BalasPadamkuih bulan sekarang ada berinti durian musang king...yami yami
BalasPadamGambar sangat menarik perhatian.
BalasPadamMaklumat mencukupi dan ceria.
BalasPadam