Perayaan
Mengenai Saya
Sabtu, 10 September 2016
Jumaat, 2 September 2016
PESTA BULAN
Perayaan Kuih Bulan atau Perayaan Pertengahan Musim Luruh (Cina Ringkas: 中秋节; Cina Tradisional: 中秋節; pinyin: zhōngqiūjié) merupakan perayaan menyambut kemenangan orang Cina menumpaskan penjajah Mongol pada akhir Dinasti Yuan (1280 Sebelum Masihi - 1341 Masihi). Kuih bulan juga dikaitkan dengan Pesta Tanglung, namun ini adalah perayaan berbeza.
Perayaan Kuih Bulan disambut pada hari ke-15 pada bulan ke-8
pada kalendar Cina iaitu pada akhir bulan Ogos hingga akhir bulanSeptember. Ia
selalunya hampir dengan ekuinoks musim luruh. Pada waktu ini, bulanbiasanya
mengambang dan terang, menjadikannya waktu yang sesuai untuk meraikan hasil
tuaian musim panas.
Perayaan Kuih Bulan merupakan salah satu perayaan terpenting
selain Hari Tahun Baru Cina. Perayaan ini disambut dengan perarakan tanglung
pada malam perayaan, selain dengan kuih bulan itu sendiri.
Kuih Bulan merupakan salah satu hidangan istimewa pada
perayaan ini. Kuih Bulan diperbuat daripada adunan manis yang berinti kacang
merah, atau adunan biji teratai, atau kuning telur masin. Menurut tradisi,
pesanan untuk memberontak telah disebarkan melalui surat yang diletakkan di
dalam Kuih Bulan yang akhirnya berjaya menjatuhkan Dinasti Mongol.
Perayaan Dongzhi
Pengenalan
Pakar kaji bintang Cina pada abad
ke-2 SM telah membahagikan satu tahun kepada 24 sesi solar (solar term)
berdasarkan perubahan cuaca di Cina. Setiap sesi solar mengambil masa 2 minggu
dan solstis musim sejuk (Dongzhi) merupakan sesi solar yang ke-22. Dongzhi
biasanya jatuh pada 21 – 23 haribulan Disember dan masa hari siangnya adalah
paling pendek sekali pada tahun itu. Mulai hari itu, pancaran matahari akan
beralih dari hemisfera selatan menuju ke equator dan masa hari siang semakin
bertambah. Jika Dongzhi sudah sampai, tahun baru akan sampai dalam masa 81 hari
lagi.
Sebab-Sebab Meraikan Dongzhi
Terdapat 2 sebab mengapa orang Cina
meraikan Dongzhi. Yang pertama, selepas bekerja keras untuk satu tahun, petani
perlu ada satu perayaan untuk berehat dan menikmati hasil penuaian mereka. Yang
kedua, cuaca selepas Dongzhi akan menjadi sangat sejuk dan sesetengah
orang-orang tua yang kurang sihat mungkin tidak dapat berjumpa lagi pada musim
bunga tahun depan. Oleh itu, semua ahli keluarga yang berada di luar akan balik
ke kampung halaman untuk meraikan Dongzhi dengan seisi keluarga.
Makanan Khas Dongzhi
Tangyuan (makanan berbentuk guli
yang diperbuat daripada tepung pulut) yang direndam dalam sup manis atau sup
masin.
Perayaan Dongzhi
Pada hari tersebut, seisi keluarga
akan memakai baju yang baru dan menyembah nenek moyang pada sebelah pagi.
Selepas penyembahan, sekeluarga akan duduk dalam satu meja bulat yang besar
untuk makan tengahari. Selepas itu, semua orang akan duduk bersama sambil minum
teh sambil berbual-bual. Pada keesokan hari, ahli-ahli keluarga yang belajar,
bekerja dan berniaga akan meninggalkan kampung mereka untuk meneruskan
perjuangan mereka.
Nenek moyang penduduk bangsa Cina
di Malaysia kebanyakan berasal dari wilayah-wilayah selatan Cina. Oleh itu,
tangyuan dibuat dan dimakan pada hari Dongzhi oleh orang Cina di Malaysia.
Orang Hokkien sangat mementingkan
perayaan Dongzhi dan mereka membuat tangyuan pada malam menjelang Dongzhi.
Selepas makan tangyuan, orang Hokkian menganggap usia mereka sudah bertambah
satu tahun. Mengikut adat Hokkian, kanak-kanak perlu makan bilangan tangyuan
yang mengikut bilangan umur masing-masing. Jika tidak, mereka tidak dapat
tambah satu tahun.
Keluarga-keluarga Cina di Malaysia
akan menyembah nenek moyang mereka dengan tangyuan dan makanan yang pelbagaian
pada hari itu. Kemudiannya, seisi keluarga makan malam bersama-sama.
Perayaan Hantu juga dianggap sebagai Bulan Hantu.
Tarikh
|
Dalam kalendar Cina (kalendar
lunisolar), Perayaan Hantu jatuh pada malam ke-14 bulan
ke-7
|
Apa itu bulan hantu ?
|
Apabila hantu-hantu dan
roh-roh, termasuklah para leluhur yang lama meninggal, keluar dari alam
ghaib.
|
Kenapa ada bulan hantu ?
|
Sembahyangan sebagai penghormatan kepada hantu-hantu tersebut.
|
Ciri-Ciri
|
|
Perayaan Hantu di Malaysia
|
Dimodenkan
dengan persembahan pentas seolah-olah konsert
dengan sifat-sifat tersendiri dan berbeza daripada keraian Perayaan Hantu di
negara lain.
|
Kepentingan
|
Pembukaan pintu Neraka,
membolehkan semua hantu untuk mendapat makanan dan minuman
|
Duanwu Jie
Duanwu
Jie (Hanzi: 端午節)
atau yang dikenal dengan sebutan festival Peh Cun di kalangan Cina adalah salah
satu festival penting dalam kebudayaan dan sejarah Cina. Peh Cun adalah dialek
Hokkian untuk kata pachuan (Hanzi: 扒船, bahasa Melayu: mendayung perahu).
Festival ini dirayakan setiap tahunnya pada tanggal 5 bulan 5 penanggalan Imlek dan telah berumur lebih 2300 tahun dihitung dari masa Dinasti Zhou. Perayaan festival ini yang biasa kita ketahui adalah makan bakcang (Hanzi: 肉粽, hanyu pinyin: rouzong) dan perlombaan dayung perahu naga. Karena dirayakan secara luas di seluruh Cina, maka dalam bentuk kegiatan dalam perayaannya juga berbeda di satu daerah dengan daerah lainnya. Namun persamaannya masih lebih besar daripada perbedaannya dalam perayaan tersebut.
Tahun
Baru Cina
Kaum Cina menyambut Tahun Baru Cina. Tahun
Baru Cina merupakan perayaan yang terbesar dan terpenting bagi kaum cina. Tahun
Baru Cina dianggap penting kerana membolehkan semua ahli keluarga yang belajar
atau bekerja di luar negara dapat pulang ke rumah untuk berkumpul bersama. Pada
Tahun Baru Cina, ibu bapa atau orang yang lebih tua akan memberi ang pau kepada
anak-anak sebagai tanda baik agar mereka boleh hidup dengan lebih sihat dan
bahagia. Sebelum sehari Tahun Baru Cina, semua keluarga cina akan berkumpul
bersama dan makan bersama-sama (reunion) untuk melambangkan bersatu semula atau
perpaduan.Tahun Baru Cina akan disambut selama 15 hari sehingga Chap Goh Mei.
Pada
Tahun Baru Cina, orang cina juga suka menggunakan berus untuk menulis pasangan
ayat (对联)yang
bermakna baik dengan kaligrafi cina pada kertas merah dan ditampalkan pada
pintu masuk agar kebaikkan dan kebahagaian akan bersama ahli keluarga sepanjang
tahun.
Dibawah
menunjukkan contoh kaligrafi cina yang biasanya digunakan pada Tahun Baru Cina.
Langgan:
Catatan (Atom)