Pengenalan
Pakar kaji bintang Cina pada abad
ke-2 SM telah membahagikan satu tahun kepada 24 sesi solar (solar term)
berdasarkan perubahan cuaca di Cina. Setiap sesi solar mengambil masa 2 minggu
dan solstis musim sejuk (Dongzhi) merupakan sesi solar yang ke-22. Dongzhi
biasanya jatuh pada 21 – 23 haribulan Disember dan masa hari siangnya adalah
paling pendek sekali pada tahun itu. Mulai hari itu, pancaran matahari akan
beralih dari hemisfera selatan menuju ke equator dan masa hari siang semakin
bertambah. Jika Dongzhi sudah sampai, tahun baru akan sampai dalam masa 81 hari
lagi.
Sebab-Sebab Meraikan Dongzhi
Terdapat 2 sebab mengapa orang Cina
meraikan Dongzhi. Yang pertama, selepas bekerja keras untuk satu tahun, petani
perlu ada satu perayaan untuk berehat dan menikmati hasil penuaian mereka. Yang
kedua, cuaca selepas Dongzhi akan menjadi sangat sejuk dan sesetengah
orang-orang tua yang kurang sihat mungkin tidak dapat berjumpa lagi pada musim
bunga tahun depan. Oleh itu, semua ahli keluarga yang berada di luar akan balik
ke kampung halaman untuk meraikan Dongzhi dengan seisi keluarga.
Makanan Khas Dongzhi
Tangyuan (makanan berbentuk guli
yang diperbuat daripada tepung pulut) yang direndam dalam sup manis atau sup
masin.
Perayaan Dongzhi
Pada hari tersebut, seisi keluarga
akan memakai baju yang baru dan menyembah nenek moyang pada sebelah pagi.
Selepas penyembahan, sekeluarga akan duduk dalam satu meja bulat yang besar
untuk makan tengahari. Selepas itu, semua orang akan duduk bersama sambil minum
teh sambil berbual-bual. Pada keesokan hari, ahli-ahli keluarga yang belajar,
bekerja dan berniaga akan meninggalkan kampung mereka untuk meneruskan
perjuangan mereka.
Nenek moyang penduduk bangsa Cina
di Malaysia kebanyakan berasal dari wilayah-wilayah selatan Cina. Oleh itu,
tangyuan dibuat dan dimakan pada hari Dongzhi oleh orang Cina di Malaysia.
Orang Hokkien sangat mementingkan
perayaan Dongzhi dan mereka membuat tangyuan pada malam menjelang Dongzhi.
Selepas makan tangyuan, orang Hokkian menganggap usia mereka sudah bertambah
satu tahun. Mengikut adat Hokkian, kanak-kanak perlu makan bilangan tangyuan
yang mengikut bilangan umur masing-masing. Jika tidak, mereka tidak dapat
tambah satu tahun.
Keluarga-keluarga Cina di Malaysia
akan menyembah nenek moyang mereka dengan tangyuan dan makanan yang pelbagaian
pada hari itu. Kemudiannya, seisi keluarga makan malam bersama-sama.
Aiyo sangat bagus o. Saya sangat suka makan!
BalasPadamGanbar sangat menarik perhatian saya.
BalasPadamTangyuan!! teringin nak makan la~~~
BalasPadammaklamat sangat teliti
BalasPadamsangat menarik
BalasPadamlepas makan tangyuan umur meningkat 1 tahun..haha
BalasPadamMaklumat padat Dan lengkap.
BalasPadamGambar mencukupi dan tepat.
BalasPadam