Jumaat, 2 September 2016

Tahun Baru Cina



Kaum Cina menyambut Tahun Baru Cina. Tahun Baru Cina merupakan perayaan yang terbesar dan terpenting bagi kaum cina. Tahun Baru Cina dianggap penting kerana membolehkan semua ahli keluarga yang belajar atau bekerja di luar negara dapat pulang ke rumah untuk berkumpul bersama. Pada Tahun Baru Cina, ibu bapa atau orang yang lebih tua akan memberi ang pau kepada anak-anak sebagai tanda baik agar mereka boleh hidup dengan lebih sihat dan bahagia. Sebelum sehari Tahun Baru Cina, semua keluarga cina akan berkumpul bersama dan makan bersama-sama (reunion) untuk melambangkan bersatu semula atau perpaduan.Tahun Baru Cina akan disambut selama 15 hari sehingga Chap Goh Mei.

Pada Tahun Baru Cina, orang cina juga suka menggunakan berus untuk menulis pasangan ayat (对联)yang bermakna baik dengan kaligrafi cina pada kertas merah dan ditampalkan pada pintu masuk agar kebaikkan dan kebahagaian akan bersama ahli keluarga sepanjang tahun.

Dibawah menunjukkan contoh kaligrafi cina yang biasanya digunakan pada Tahun Baru Cina.







9 ulasan: